Tajuk Anime: Kaichou Wa Maid Sama! ( Ketua Pelajar Seorang Pembantu Rumah!)
Genre:ROmantik, Komedi
Penulis manga:
Hiro Fujiwara
Senarai watak utama:
1. Misaki Ayuzawa
2. Usui Takumi
Jalan Cerita:
Misaki merupakan salah seorang pelajar sekolah tinggi Seika yang mana sekolah ini majoritinya adalah pelajar lelaki. Demi untuk membela nasib pelajar perempuan, Misaki sedaya upaya mendapatkan kepercayaan guru-guru di sekolah tersebut untuk memberinya jawatan sebagai Ketua Pelajar. Misaki berjaya memberi kepercayaan kepada pihak guru dan akhirnya menjadi pelajar perempuan pertama ditugaskan sebagai Ketua Pelajar!Misaki merupakan idola kepada para pelajar perempuan lain kerana sikapnya yang tegas, berani, rajin berusaha,bijaksana dan gagah!Namun, kadangkala sikap Misaki yang terlalu tegas menyukarkannya untuk mendapat kerjasama dikalangan pelajar lelaki.
Disebalik tugasnya sebagai Ketua Pelajar di sekolahnya, Misaki juga dalam diam-diam bekerja sambilan di sebuah kafe yang bertemakan pembantu rumah untuk membantu keluarganya. Malangnya, reputasi hasil titik peluh Misaki terancam apabila Takumi Usui yang popular,kacak, menarik, dan tiada perasaan merupakan rakan sekelasnya terserempak Misaki dalam seragam pembantu rumah selepas waktu sekolah. Bertambah buruk lagi apabila Usui bertindak mengugut Misaki memenuhi apa saja keinginanya jika ingin perkara tersebut tersembunyi daripada para pelajar sekolah tinggi mereka.
Ingin mengetahui kisah selanjutnya??? Sila Klik di bawah :
Manga
http://www.mangareader.net/147/kaichou-wa-maid-sama.html
Anime
http://www.animecrazy.net/kaichou-wa-maid-sama-episode-list/
good luck^_^